dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Asas STEM – Tshirt Kemerdekaan

19 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2024 (Ahad) - NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Asas STEM dimana pada kali ini peserta berpeluang untuk menghasilkan rekaan corak di tshirt bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 pagi sehingga 5.00 petang. Seramai 6 orang peserta perempuan yang hadir menyertai sesi kali ini bertempat di Bilik Latihan NADI

Petugas NADI, Puan Harwani memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada kali ini. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka telah melakukan pencarian maklumat di google untuk mendapatkan idea untuk menghasilkan corak rekaan. Mereka diberikan barangan yang bersesuaian dan diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk bersama-sama melengkapkan tugasan sambil dibantu Petugas NADI

Bagi aktiviti kedua, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil tugasan dimana mereka perlu menceritakan motif rekaan Tshirt Kemerdekaan mereka dan ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta membantu meningkatkan keyakinan mereka ketika di khalayak ramai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.